Tuesday, March 17, 2015

Design baru Ainun Theraphy

Ini adalah design terbarudan juga harga terbaru.
Gambar di bawah untuk 30 ml (rm75)



Tuesday, March 3, 2015

Menangis bukan kerana sedih








Mata kerap berair dan meleleh seperti menangis sering
 berlaku terhadap warga emas yang disebabkan 
oleh kelenjar air mata tersumbat.
Seseorang yang mengalami masalah ini mungkin
 tidak memerlukan rawatan jika gejalanya ringan
 dan biasanya pembedahan boleh memulihkan 
kelenjar air mata yang tersumbat.
Namun, mata berair juga boleh berlaku kerana 
banyak punca lain dan rawatannya bergantung 
kepada punca terbabit.
Mata berair boleh berlaku di semua peringkat umur 
tetapi paling kerap dialami oleh bayi dan mereka 
yang berusia lebih 60 tahun. Air mata berlebihan 
boleh terjadi pada sebelah atau kedua-dua belah mata.
Perunding Oftalmologi dan Pakar Bedah Okuloplastik 
Pusat Perubatan Sunway (SunMed), Dr Sree Kumar 
Palani berkata, kedua-dua mata kita mempunyai 
kelenjar kecil di bahagian bawah kelopak mata atas dikenali sebagai kelenjar lakrimal.
Kelenjar berkenaan sentiasa menghasilkan sejumlah kecil air mata dan setiap kali
 kita mengelipkan mata, kelopak mata akan membantu sebarkan air mata 
berkenaan ke permukaan mata bagi mengekalkan kelembapan pada organ 
penglihatan itu.
Air mata kemudian mengalir turun menerusi saluran kecil dikenali kanaliculi 
di bahagian dalaman mata ke dalam kantung air mata. Selepas itu, air
 mata mengalir turun lagi menerusi kelenjar air mata yang turut dikenali 
sebagai kelenjar nasolakrimal ke dalam hidung.
"Sebarang benda yang merengsakan mata juga boleh menyebabkan 
air mata keluar berlebihan. Air mata sebenarnya adalah refleks 
perlindungan bagi mata dengan membantu menghindar objek
 yang merengsakan itu.
"Contohnya seperti bahan kimia daripada bawang,
 asap dan debu, jangkitan pada bahagian depan mata selalunya 
konjuktivitis, alahan disebabkan keradangan pada mata, kecederaan
 kecil atau calar pada bahagian depan mata, mata masuk habuk
 atau bulu mata yang tumbuh ke dalam mata (entropian).
"Punca lain menyebabkan mata berair adalah ketidakseimbangan 
komposisi air mata akibat lapisan air mata yang tidak normal. 
Contohnya, kandungan lipid atau minyak pada lapisan luar
tidak mencukupi menyebabkan mata sakit dan berair.
"Air mata berlebihan juga disebabkan seseorang menghidap 
penyakit tiroid mata tetapi ia bukan punca utama", katanya.
Aliran air mata boleh jadi tersumbat di mana-mana peringkat 
saluran air mata dan biasanya mata berair yang berlaku dalam 
kalangan orang dewasa disebabkan oleh penyumbatan 
pada kelenjar air mata yang terletak di bawah kantung mata.
Penyumbatan pula disebabkan berlaku penyempitan 
secara perlahan-lahan di bahagian atas hujung kelenjar 
air mata akibat keradangan ringan tetapi berterusan.
Jika seseorang mengalami kelenjar air mata yang
 tersumbat, ia bukan saja menyebabkan pengumpulan
 air mata, malah air mata yang bertakung itu juga boleh
 terkena jangkitan, menyebabkan bengkak yang 
menyakitkan pada kantung mata.
"Kadangkala kelenjar air mata tidak tersumbat sepenuhnya
 tetapi ia menyempit sehingga air mata sukar mengalir. 
Penyumbatan juga boleh berlaku di bahagian kanaliculi 
atau pintu masuk ke kanaliculi yang disebabkan oleh 
keradangan atau parut.
"Bagi bayi pula, kadangkala segelintir bayi dilahirkan 
dengan kelenjar air mata yang tidak terbuka sepenuhnya, 
menyebabkan pengumpulan air mata dan masalah ini 
biasanya pulih sendiri beberapa minggu.
"Selain itu, mata berair disebabkan kelopak mata 
bawah terlipat ke arah luar mata (ectropion), 
menyebabkan air mata mengalir ke bahagian bawah 
kelopak mata berbanding mengalir ke kanaliculi dan 
terus ke kantung mata", katanya.
Dr Sree Kumar berkata, doktor akan periksa bahagian 
saluran air mata menggunakan anestetik atau bius setempat
 jika mengesyaki mata berair disebabkan saluran yang bermasalah.
"Batang rod yang halus akan ditolak ke dalam 
kanaliculi ke arah kantung mata bagi memeriksa
 sama ada ia tersumbat. Jika batang itu mampu 
ditolak sehingga kantung mata, cecair yang 
tersumbat akan bergerak ke kelenjar air mata 
dan dipastikan sama ada akan keluar melalui hidung.
"Tolakan itu kadangkala membantu menyelesaikan 
masalah penyumbatan, tetapi ia memberi kelegaan
 sementara. Jika masih lagi ada penyumbatan, 
sejenis pewarna akan dimasukkan ke dalam kelenjar 
air mata dan doktor akan membuat penilaian 
bersandarkan imej sinar X bagi melihat bahagian yang 
ersumbat atau mengalami penyempitan.
"Bagaimanapun, ada kala punca mata berair mudah
dikesan sama ada disebabkan jangkitan, entropion, 
ectropion atau konjuktivitis. Jika tiada sebab jelas 
walaupun pemeriksaan ringkas dijalankan, baru 
ujian lanjut dijalankan dan itupun bergantung kepada 
tahap serius masalah", katanya.
Dr Sree Kumar berkata, air mata berlebihan biasanya
mudah dirawat, seperti masalah disebabkan oleh 
entropion dapat diatasi dengan membuang bulu 
mata yang tumbuh ke dalam, rawat jangkitan jika 
disebabkan konjuktivitis, manakala objek kecil 
yang menyebabkan mata berair boleh dibuang.
"Masalah disebabkan oleh ectropion pula boleh
 diatasi dengan melakukan pembedahan kecil 
di bahagian kelopak mata bawah.
"Doktor juga akan menjalankan dacrocystorhinostomy (DCR) 
iaitu pembedahan pada kelenjar air mata yang tersumbat.
 Saluran baru akan dibina daripada kantung air mata
ke dalam bahagian hidung dan air mata kemudian 
boleh memintas tempat yang tersumbat.
"Pembedahan lain yang jarang dilakukan seperti meniup
belon kecil dalam kelenjar air mata untuk meluaskan 
saluran atau memasukkan sejenis alat bagi
menampung dinding saluran supaya kekal terbuka.
"Kanaliculi yang tersumbat sedikit biasanya boleh 
dipulihkan dengan menolak batang halus ke 
dalam bahagian itu tetapi jika tersumbat sepenuhnya,
pembedahan perlu dilakukan bagi mengalirkan 
air mata ke dalam hidung", katanya.
Artikel ini disiarkan pada OLEH harian metro: Ahad, 1 Mac 2015 @ 5:01 AM











Sakit Mata merah

Pengenalan
Mata merah beserta kesakitan merupakan petanda masalah mata yang serius dan memerlukan perhatian perubatan dengan segera. Jika rawatan ditangguhkan ia boleh menyebabkan kebutaan kekal.
Penyebab mata merah beserta kesakitan yang biasa berlaku termasuk Ulser Kornea, Glaukoma Akut dan Uveitis.
1. Ulser Kornea
Kornea merupakan lapisan terluar mata. Permukaan kornea adalah jernih, berbentuk kubah yang meliputi bahagian hadapan mata dan membantu memfokus cahaya ke retina. Jangkitan pada kornea berlaku apabila bakteria berjaya memasuki kornea melalui luka atau kecederaan pada permukaan kornea. Pengguna kanta sentuh mempunyai risiko tingga untuk mendapat ulser kornea jika arahan cara pemakaian dan penjagaan tidak diikuti dengan betul.
Gambar mata kiri
Kornea

Gambar mata beserta kanta sentuh
Kanta sentuh(Penggunaan yang lama dan tidak bersih boleh menyebabkan ulser kornea)

Gambar mata merah disebabkan oleh ulser kornea
Ulser kornea
Tanda dan gejala ulser kornea:
  • Sakit mata yang teruk
  • Mata merah
  • Mata berair
  • Berpasir atau berbiji
  • Sensitif pada cahaya (fotofobia)
  • Kabur
Pada sesetengah pemakai kanta sentuh, kornea mungkin akan menjadi kurang sensitif terhadap rasa sakit oleh itu pemakai hanya akan mengadu mengenai kemerahan dan rasa gangguan pada kornea sahaja.
Ulser Kornea adalah masalah serius yang mengancam penglihatan. Sesetengah bakteria amat agresif dan boleh menembusi kornea dan menyebabkan jangkitan dalam bola mata (endophthalmitis).Oleh itu, rawatan perubatan segera adalah amat penting.
2. Glaukoma Akut
Glaukoma jenis akut adalah merupakan kes kecemasan bagi penyakit mata. Ia terjadi berikutan peningkatan tekanan bola mata yang mendadak disebabkan oleh masalah pengaliran cecair dari dalam ke luar mata. Bola mata menjadi keras dan menyebabkan kesakitan yang teruk.
Gambar mata dengan glaukoma akut
Mata merah, kornea legap dan anak mata separa kembang
Tanda-tanda dan gejala glaukoma akut:
  • Sakit mata yang mendadak
  • Kabur
  • Pandangan berpinar (kelihatan gegelang berwarna warni di keliling cahaya)
  • Mata merah
  • Sakit kepala
  • Loya dan mungkin muntah
Adalah mustahak bagi pesakit glaukoma akut dirawat oleh doktor mata dengan segera bagi menghentikan serangan.Kelewatan dalam rawatan boleh nmengakibatkan kehilangan penglihatan yang kekal.
3. Uveitis
Uveitis adalah sekumpulan penyakit radang okular yang melibatkan lapisan dalam mata seperti iris, badan siliari dan koroid. Sebahagian kes uveitis tidak diketahui sebabnya manakala sebahagian lagi adalah disebabkan penyakit sistemik seperti Rheumatoid arthritis (radang sendi), jangkitan kuman dan juga barah. Uveitis boleh melibatkan satu atau kedua belah mata. Ia tidak berjangkit. mata atau kedua-dua mata. Mata merah pada uveitis selalunya merupakan tompokan merah yang mengelilingi kornea.
Gambar mata dengan uveitis
Mata merah sekeliling kornea
Tanda-tanda dan gejala uveitis:
  • Sakit mata
  • Sensitif pada cahaya (fotofobia)
  • Kabur
  • Mata merah (selalunya kemerahan sekeliling kornea)
  • Kadang kala megalami floaters (kelihatan bayangan terapung di hadapan mata yang sakit)
Pakar mata boleh mendiagnos uveitis dengan melakukan pemeriksaan teliti menggunakan peralatan khas seperti lampu celah (slit lamp). Uveitis memerlukan rawatan yang betul dan rawatan ulangan. Dalam kes Uveitis yang berulang dan melibatkan kedua belah mata, kemungkinan berkaitan dengan penyakit sistemik. Oleh itu penyiasatan (ujian darah dan x-ray) perlu dilakukan bagi mencari punca penyakit agar rawatan yang tepat dapat diberikan. Kelewatan rawatan boleh menyebabkan komplikasi seperti katarak dan glaukoma.
INFO DARI ;
Penulis:Dr. Joseph Vijaya Alagaratnam
Penyemak:Dr. Salmah Othman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...