Monday, November 19, 2012

IKHTIAR DOA RAWAT MATA RABUN JAUH ATAU RABUN DEKAT.



DOA adalah permintaan kita pada yang ESA.
InsyaAllah, Setiap penyakit itu ada ubatnya. Berusahalah dengan menggunakan ayat-ayat suci

 Al-Quran dari Surah Qaf, ayat 22.

Dapatkan 7 batang karot yang muda dan diblende.

 Baca doa ini sebanyak 7 kali pada jus karot yang telah diblend tersebut.

 Lakukan selama 3 hari berturut-turut.

 Jus karot mengandungi "beta carotene" baik untuk perbaiki penglihatan, mencegah penglihatan yang lemah, katarak, hemeralopia dan mata-kering. Dengan berkat dan izinNya banyak pesakit telah sembuh dari rabun mata.


Maksudnya:

Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat).

p/s: anda juga boleh ikhtiar dengan produk ainun theraphy ini,
       sila lihat di bahagian kanan-atas untuk mengetahui promosi .

Rabun Mata


Rabun mata


Mata manusia mempunyai fungsi seperti kamera bagi melihat dengan jelas. Objek yang sedang dilihat akan difokuskan keatas retina. Keadaan ini dapat dicapai dengan kuasa menumpu yang ada pada kornea dan kanta. Sebaliknya bila imej tidak difokuskan dengan tepat ke atas retina, penyakit mata iaitu rabun mata akan terjadi. Ini akan menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan masalah ataupenyakit mata ini boleh dibetulkan dengan menggunakan cermin mata atau kanta sentuh.
Rabun mata boleh dibahagikan kepada tiga jenis:
  • Myopia (rabun jauh)
: Imej difokuskan di hadapan retina
  • Hyperopia (rabun dekat)
: Imej difokuskan di belakang retina
  • Astigmatism
: Imej yang terbentuk mempunyai lebih daripada satu titik fokus


Simpton penyakit mata ini

  • Miopia
: Penglihatan jauh menjadi tidak jelas, sebaliknya penglihatan dekat sangat jelas
  • Hyperopia
: Penglihatan jauh menjadi lebih baik dari penglihatan dekat. Mata mudah penat jika tidak dibetulkan.
  • Astigmatism
: Kabur hampir dikesemua jarak dan imej menjadi senget atau tidak sempurna

Komplikasi

Rabun mata pada orang dewasa, jika tidak dirawat boleh menyebabkan keadaan tidak selesa pada mata, mata penat dan kadangkala mungkin sakit kepala.
Rabun mata di kalangan kanak-kanak memerlukan perhatian yang khusus dan penjagaan mata yang betul. Ini kerana rabun yang tidak dirawat dengan sempurna boleh menyebabkan berlakunya ambliopia (mata malas).

Rawatan

Beberapa kaedah rawatan boleh digunakan untuk rabun matamiopia, hiperopia dan astigmatisma. Rawatan rabun mata secara bukan pembedahan termasuklah cermin mata dan kanta sentuh. Rawatan rabun mata secara pembedahan pula termasuklah kaedah menggunakan laser dan kaedah pembuangan kanta mata jernih. Walaupun beberapa kaedah pembedahan wujud dalam membetulkanrabun mata pada masa ini, bagaimanapun tak semua individu merupakan calon yang sesuai untuk kaedah-kaedah tersebut. Pesakit rabun mata perlu diperiksa dengan cara terperinci terlebih dahulu oleh doktor sebelum apa-apa keputusan dibuat untuk menentukan kesesuaiannya.

Pencegahan

Bagi kanak-kanak adalah disyorkan mengurangkan aktiviti, seperti membaca dengan terlalu lama, menonton televisyen dalam jarak yang dekat atau menghadap skrin komputer dalam jangka masa lama, bagi mengurangkan risiko berlakunya rabun mata myopia (rabun jauh).

Masalah-masalah lain yang berkaitan

Rabun mata Presbiopia (rabun tua) adalah biasanya terjadi kepada mereka yang berumur 40 tahun dan keatas. Ini berlaku disebabkan oleh keadaan perubahan pada kanta mata apabila umur seseorang meningkat. Keupayaan kanta bagi memfokus untuk melihat objek dekat adalah semakin berkurangan. Rabun mata Presbiopia boleh terjadi pada semua orang, dan pada akhirnya mereka perlu untuk memakai cermin mata membaca atau bifokal. Rabun mataPresbiopia tidak boleh dirawat dengan kaedah laser.
Penawar mata yang sesuai juga boleh diambil untuk mengatasi masalah rabun mata






Rawatan Rabun Jauh


Rawatan Rabun Jauh


Ketua Perunding Surgeri Ophthalmic Vista Laser Eye Center Sdn Bhd, Dr Aloysius Low, berkata masalah itu bagaimanapun boleh dirawat hasil perkembangan teknologi terkini seperti kaedah laser.
Dua kaedah berasaskan laser yang ditawarkan ialah Lasik (Laser-assisted In Situ Keratomileusis) dan Lasek (Laser-assisted Subephithelial Keratomileusis).

Masalah penglihatan kabur atau rabun bukanlah sesuatu yang luar biasa. Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 153 juta orang dianggarkan mengalami masalah penglihatan seperti myopia (rabun jauh), hyperopia (rabun dekat) dan astigmatism.

“Namun ramai tidak menyedari kewujudan satu lagi teknologi iaitu Implan Kanta Lekap Vision atau iContact Lens yang sudah diperkenalkan di Malaysia sejak 2005,” katanya, baru-baru ini.
Dr Low berkata, iContact Lens yang turut dikenali Phakic Intraocular Lens Implantation atau Phakic IOL, membabitkan kaedah kanta lekap tiruan dimasukkan menerusi pembedahan ke dalam mata pesakit. Kanta asli mata tidak dikeluarkan kerana kanta lekap tiruan itu bertujuan menggantikan kanta semula jadi berkenaan.

Teknologi ini boleh dimanfaatkan pesakit yang mengalami rabun jauh pada kadar sederhana dan tinggi dengan kornea nipis. Ia juga pilihan terbaik kepada pesakit yang tidak sesuai menjalani prosedur Lasik.

Prosedur iContact Lens terbahagi kepada dua bahagian – yang pertama membabitkan laser YAG. Ia membabitkan prosedur membuat dua bukaan kecil pada anak mata yang bertujuan membendung kemungkinan berlaku tekanan intraokular, selain membolehkan implan iContact Lens disempurnakan. “Bahagian kedua pula proses memasukkan kanta (bersifat anjal) yang akan dilipat, dimasukkan ke dalam katrij kecil dan terus disalurkan ke dalam belahan terdahulu. Sebaik kanta (yang dilipat) dimasukkan, secara automatik ia akan terbuka dalam mata. Sebaik kanta selesai dimasukkan sepenuhnya, empat sudut pada kanta akan diletakkan di belakang iris dan di depan kanta crystalline. Anda sendiri tidak akan perasaan kehadiran kanta begitu juga orang lain,” katanya pada majlis taklimat Sesi Latihan Pakar Dalaman mengenai prosedur refraktif iContact Lens dan NASA iLASIK di The Curve, Mutiara Damansara.

Rawatan ini boleh dimanfaatkan:

* Pesakit berusia lebih 21 tahun dan kurang 45 tahun.
* Pesakit yang melebihi 45 tahun dan mengalami presbyopic atau peringkat awal presbyopic dinasihatkan memilih alternatif rawatan lain.
* Kanta implan sesuai untuk pesakit yang punyai darjah myopia -6.00 – -20.00 diopters
* Pesakit yang tiada langsung atau sedikit astigmatism
* Pesakit yang tidak sesuai melalui proses Lasik (kornea terlalu nipis)

Risiko rawatan kanta implan:

* Seperti mana-mana surgeri, risiko wujud dalam keadaan tertentu. Penting bagi pesakit untuk memahami risiko berkenaan, menilai dan membandingkannya dengan manfaat dan kelebihan sama ada surgeri ini sesuai atau tidak dengan pesakit. Biarpun komplikasi selepas surgeri Phakic IOL sangat jarang berlaku, keadaan berikut harus diambil perhatian seperti jangkitan, peningkatan tekanan intraokular, katarak, kehilangan sel corneal endothelial dan keradangan. Memandangkan ia teknologi baru, kesan jangka panjang dan risiko penggunaan lebih dari 10 tahun masih tidak diketahui)

Kesan sampingan:
* Kesannya amat minimum dan kebanyakan pesakit mengalami penglihatan kabur selama beberapa hari.
* Mereka juga amat sensitif terhadap cahaya selama beberapa minggu.


Oleh Suzan Ahmad

Sunday, November 11, 2012

Doa akhir tahun


Doa akhir tahun dan fadhilatnya.
Doa akhir tahun dibaca pada akhir waktu asar tanggal 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali (Sebelum maghrib). Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun kebelakang.
Doa Awal Tahun dan fadhilatnya.
Diantara fadilat doa Awal Tahun adalah untuk membenteng diri dari gangguan syaitan. Dan barang sesiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, insyallah Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun.



Maal Hijrah 1433 h untuk tahun 2012

Assalamualaikum.

Salam Maal Hijrah.




Semoga kita mendapat keberkatan,
kesempurnaan cita-cita ,
kekuatan iman,
untuk tahun baru ini.

Maka,
kami bersama ini akan memberikan
Promosi istimewa,
bagi produk Ainun Theraphy.
berminat?

SMS :

" atMH1433 " hantar ke 01115001015

kami akan bagi infolengkap
berkenaan promosi maal hijrah.

Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...