Monday, November 19, 2012

Rabun Mata


Rabun mata


Mata manusia mempunyai fungsi seperti kamera bagi melihat dengan jelas. Objek yang sedang dilihat akan difokuskan keatas retina. Keadaan ini dapat dicapai dengan kuasa menumpu yang ada pada kornea dan kanta. Sebaliknya bila imej tidak difokuskan dengan tepat ke atas retina, penyakit mata iaitu rabun mata akan terjadi. Ini akan menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan masalah ataupenyakit mata ini boleh dibetulkan dengan menggunakan cermin mata atau kanta sentuh.
Rabun mata boleh dibahagikan kepada tiga jenis:
  • Myopia (rabun jauh)
: Imej difokuskan di hadapan retina
  • Hyperopia (rabun dekat)
: Imej difokuskan di belakang retina
  • Astigmatism
: Imej yang terbentuk mempunyai lebih daripada satu titik fokus


Simpton penyakit mata ini

  • Miopia
: Penglihatan jauh menjadi tidak jelas, sebaliknya penglihatan dekat sangat jelas
  • Hyperopia
: Penglihatan jauh menjadi lebih baik dari penglihatan dekat. Mata mudah penat jika tidak dibetulkan.
  • Astigmatism
: Kabur hampir dikesemua jarak dan imej menjadi senget atau tidak sempurna

Komplikasi

Rabun mata pada orang dewasa, jika tidak dirawat boleh menyebabkan keadaan tidak selesa pada mata, mata penat dan kadangkala mungkin sakit kepala.
Rabun mata di kalangan kanak-kanak memerlukan perhatian yang khusus dan penjagaan mata yang betul. Ini kerana rabun yang tidak dirawat dengan sempurna boleh menyebabkan berlakunya ambliopia (mata malas).

Rawatan

Beberapa kaedah rawatan boleh digunakan untuk rabun matamiopia, hiperopia dan astigmatisma. Rawatan rabun mata secara bukan pembedahan termasuklah cermin mata dan kanta sentuh. Rawatan rabun mata secara pembedahan pula termasuklah kaedah menggunakan laser dan kaedah pembuangan kanta mata jernih. Walaupun beberapa kaedah pembedahan wujud dalam membetulkanrabun mata pada masa ini, bagaimanapun tak semua individu merupakan calon yang sesuai untuk kaedah-kaedah tersebut. Pesakit rabun mata perlu diperiksa dengan cara terperinci terlebih dahulu oleh doktor sebelum apa-apa keputusan dibuat untuk menentukan kesesuaiannya.

Pencegahan

Bagi kanak-kanak adalah disyorkan mengurangkan aktiviti, seperti membaca dengan terlalu lama, menonton televisyen dalam jarak yang dekat atau menghadap skrin komputer dalam jangka masa lama, bagi mengurangkan risiko berlakunya rabun mata myopia (rabun jauh).

Masalah-masalah lain yang berkaitan

Rabun mata Presbiopia (rabun tua) adalah biasanya terjadi kepada mereka yang berumur 40 tahun dan keatas. Ini berlaku disebabkan oleh keadaan perubahan pada kanta mata apabila umur seseorang meningkat. Keupayaan kanta bagi memfokus untuk melihat objek dekat adalah semakin berkurangan. Rabun mata Presbiopia boleh terjadi pada semua orang, dan pada akhirnya mereka perlu untuk memakai cermin mata membaca atau bifokal. Rabun mataPresbiopia tidak boleh dirawat dengan kaedah laser.
Penawar mata yang sesuai juga boleh diambil untuk mengatasi masalah rabun mata






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...