Monday, June 19, 2017

Glaukoma



Glaukoma merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta.Hampir 2% daripada mereka yang berusia melebihi 40 tahun mengidap penyakit glaukoma. 
MATA merupakan deria penglihatan yang amat berharga kepada setiap manusia. Namun malangnya, tidak ramai yang mengambil berat tentang penjagaannya kerana mungkin dilahirkan dengan penglihatan yang sempurna. Lazimnya, kita hanya merujuk ke klinik apabila berhadapan dengan masalah sakit mata atau pandangan mula kabur. 

Glaukoma terbahagi dua jenis iaitu jenis saliran keluar terbuka (open angle) dan saliran tertutup (close angle) . Glaukoma jenis pertama adalah glaukoma yang digelar “pembunuh penglihatan senyap” kerana kebiasaanya tiada simptom, dan pesakit hanya menyedari mereka mengalami penyakit ini apabila sudah terlewat (contoh tidak dapat melihat kereta dari sisi semasa memandu), atau apabila saringan ahli keluarga terhadap pesakit glaukoma dijalankan. Mata pesakit tidak merah, tiada sakit yang kuat dan pandangan mata tidak kabur. Hanya medan penglihatan mereka sahaja yang sehari demi sehari kian mengecil dan menyempit tanpa disedari.


Pakar Bedah Mata dan Okuloplastik, Klinik Pakar Mata Centre For Sight Petaling Jaya, Dr. Zurina Zainal Abidin berkata, masyarakat perlu membuat pemeriksaan mata secara berkala sebagai usaha mencegah daripada mendapat penyakit itu. Tiada ubat yang mampu menyembuhkan penyakit tersebut sepenuhnya sekiranya ia dikesan lewat.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, pada kebiasaan, penyakit yang menyerang individu yang berumur lebih 40 tahun tidak menunjukkan sebarang simptom.

Maka, tidak ramai yang menyedarinya sehingga kehilangan deria penglihatan yang serius. Faktor risiko yang dikaitkan dengan penyakit ini termasuk sejarah keluarga dan miopia (rabun jauh).“Oleh itu, lebih elok setiap individu menjalani pemeriksaan mata, tidak kira tua atau muda,” katanya ketika ditemui di Klinik Pakar Mata Centre For Sight, Petaling Jaya baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai penyakit itu, beliau memberitahu walau bagaimanapun, penyakit tersebut masih boleh dirawat jika dikesan pada peringkat awal.“Menerusi pengambilan ubat titis, laser dan pembedahan mata. Langkah ini dilakukan agar pesakit tidak terus kehilangan penglihatan yang lebih teruk,” ujarnya lagi.
Info penyakit glaukoma.
------------------------------
*Penyakit ini berlaku akibat tekanan dalam mata menjadi terlalu tinggi yang seterusnya menjejaskan saraf optik di belakang mata.
*Boleh menyebabkan buta akibat sambungan mata ke otak (saraf optik) terputus.
* Lebih berisiko untuk individu 40 tahun ke atas.
*Tiada sebarang simptom
*Penggunaan steroid
*Trauma kepada mata
*Diabetes
*Genetik

Alternatif untuk mata anda:
Jangan terlepas tarikh sudah..             ♥HAPPY HOURS♥
PROMOSI last RAYASAKAN;
.👀AinunTheraphy-PRI toner mata,
♥2 Botol RMXX.XX.
✅FREE PosLaju.
✅Termasuk GST.
✅JIMAT 40%.

#SAH SEHINGGA 9pagi, 21/6 Rabu,
sahaja.
+601115001015.
Hashi,TQ.
↓ Balas "MAU" sekarang ,
Jika anda tak nak rugi.🤓.

#ainunterapi
#ainunTheraphyPRI
#buta
#kencingmanis
#penawaralternative
#ubatmata
#PRI
#ainun.
#rabunjauh #rabun #rabundekat#rabunsilau 
#eyecare  #profmuhaya 
#optic #cerminmata #cerminmatamalaysia 
#cerminmatahitam #contactlens#contactlensmurah #contactlensmalaysia
#katarak #drmuhayadotcom #lasik #petuahilangkanrabun
#lasiksurgery #mata #ubatmata
#ubatrabun #rajarabun
#carahilangkanrabun
#tipshilangkanrabun
#tipskurangkanrabun
#tipsmatacantik
#penawarrabun

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...